Thursday, 8 March 2012

Tujuan laman blog BAKAD ditubuhkan!

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah dengan usaha yang jitu, blog ini telah berjaya ditubuhkan walaupun masih dalam proses pembangunan laman. Kira-kira dalam seminggu masa diperuntukkan untuk menyiapkan laman ini. Justeru, terdapat beberapa faktor penting mengapa blog ini perlu untuk ditubuhkan. Mari sama-sama kita teliti tujuan utama blog ini diwujudkan iaitu:

1) Sebagai wadah perkongsian ilmu.
2) Memperkenalkan organisasi BAKAD.
3) Mengetahui aktiviti/program yang dianjurkan BAKAD
4) Memudahkan interaksi secara dua hala antara jawatankuasa kolej dan juga mahasiswa Kolej Tuanku Canselor khususnya.
5) Pelbagai idea dan cadangan boleh dikongsikan melalui laman ini supaya kita sama-sama dapat memajukan BAKAD.
6) Masalah anda juga adalah masalah kami, dan kami sedia membantu selari dengan motto BAKAD iaitu "We Satisfy Your Needs".
7) Sebarang aktiviti/program berkaitan akademik juga boleh diusulkan supaya BAKAD hadir dengan aktiviti-aktiviti yang baru.

*Sebarang kemaskini akan dilakukan dari masa ke masa.

Jadi, saya harap anda sudah jelas dengan tujuan blog ini. Marilah kita bersama-sama warga Kolej Tuanku Canselor khususnya untuk merealisasikan tujuan yang tertera di atas ini. Mudah-mudahan ianya bermanfaat buat warga kolej.

Sebelum saya akhiri kata-kata ini, saya ingin menyeru kepada rakan-rakan di Kolej Tuanku Canselor untuk turut serta sebagai rakan biro BAKAD. Sebarkan laman blog ini dan juga laman di facebook kami di  Biro Akademik KTC supaya sama-sama mendapat kebaikan. Mudah-mudahan saluran ini dapat diperhebatkan pada masa yang mendatang. Wassalam.

Yang berkhidmat, Mohamad Shahril Bin Zaabar (KETUA BAKAD)



No comments:

Post a Comment